Qana'ah
Merasa Cukup Dengan Apa Yang Ada
Firman ALLAH SWT:
“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.”
“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.”
Pengajaran Ayat :
Ayat di atas adalah ayat yang menyatakan bahawa manusia sememangnya perlu kepada ALLAH dan kita haruslah merasa cukup dengan ALLAH dan pemberianNya.
Barangsiapa yang diberikan sifat qana’ah oleh ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH menginginkan kebaikan bagi dirinya, kerana dengan sifat qana’ah dapat menyelamatkan dirinya daripada kehinaan mengemis, dan dapat memelihara kehormatannya daripada mengharapkan sesuatu pertolongan selain ALLAH
Sifat qana’ah bukanlah bermaksud kita tidak perlu berusaha untuk mencapai yang terbaik di dalam hidup tetapi kita harus bekerja dengan cara yang halal dan menghilangkan sikap malas, untuk mendapatkan rezeki daripada usaha dan keringat sendiri.
Di samping itu, sifat ini dapat mengelakkan kita dari lalai pada matlamat akhirat akibat terlalu mengejar dunia kerana prioriti akan diberikan pada urusan akhirat dan urusan dunia yang menjurus kepada kebaikan di akhirat.
Sumber : http://www.muamalat.com.my/v2/media_articles.html
No comments:
Post a Comment