Wednesday, April 14, 2010

SASAR JADI LIMA TERBAIK

Sasar jadi lima terbaik

 

 

KUALA LUMPUR 11 April – Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) milik Kumpulan DRB-HICOM Bhd., mahu lebih agresif dan menyasarkan penguasaan kedudukan yang lebih baik.
‘‘Insya-Allah, kami akan beralih ke tangga lima teratas daripada segi pulangan ke atas ekuiti dalam masa dua tahun lagi,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid di sini.
Mohd. Redza dalam temu bual dengan Utusan Malaysia berkata: ‘Bank itu kini berada di tangga ke 13 daripada 17 buah bank Islam di negara ini berbanding sebelumnya di 15 dan 16.’’
Bank Muamalat merupakan sebuah daripada dua bank Islam terawal di Malaysia selepas Bank Islam Malaysia Bhd. dan mendapat kelulusan untuk mengendalikan operasi penuh (full-fledged).
Mohd. Redza berkata, Bank Muamalat mahu menjadi penyedia perkhidmatan Islam yang terpilih di negara ini dengan menawarkan nilai terbaik kepada pemegang kepentingannya.
Beliau menegaskan, operasi yang dikendalikan bank berkenaan adalah benar-benar berlandaskan Syariah.
Mohd. Redza mengakui bank itu tidak begitu menonjol sebelum ini berbanding dengan para pesaing lain kerana ‘‘kami berpegang kepada prinsip ‘buat dahulu baru bercakap’’’.
Beliau berkata, jangkaan kedudukan lebih baik dalam industri mampu dicapai melalui transformasi yang sedang berjalan termasuk n langkah mantapkan lagi hubungan kakitangan dengan pihak pengurusan.
‘‘Kami berada dalam proses peralihan. secara jujur saya katakan proses itu sangat menyakitkan dan ia akan berterusan sehingga kami mencapai fasa terakhir pelan perniagaan kami,’’ tambah beliau.
Bank Muamalat mula beroperasi pada Oktober 1999 dan lahir daripada penggabungan antara Bank Bumiputra Malaysia Bhd., Bank of Commerce (M) Bhd. dan BBMB Kewangan Bhd. sebelum DRB-HICOM muncul sebagai pemegang saham utama sejak Oktober 2008.
Beliau menjelaskan, Bank Muamalat kini dalam fasa kedua pelaksanaan pelan perniagaan lima tahun yang diadakan pada Disember 2008 dan dikuatkuasakan pada 2009.
Katanya, pelan itu mempunyai tiga fasa iaitu menyusun semula operasi organisasi termasuk imbangan kira-kira, mencapai penanda aras dan menjadi yang terbaik.
Mohd. Redza berkata, di bawah fasa kedua iaitu dalam tiga tahun pertama pelan itu, Bank Muamalat bakal muncul sebagai sebuah bank Islam universal.
Di bawah fasa ketiga iaitu pada tahun ketiga dan kelima, Bank Muamalat disasarkan menjadi bank universal Islam mid-tier yang menjalankan perniagaan konsumer dan juga pemborongan dengan turut meraih sinergi daripada operasi DRB-HICOM dan syarikat-syarikat milik tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Mohd. Redza berkata, pelan perniagaan itu telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila Bank Muamalat mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM119 juga bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.
‘‘Ini merupakan pencapaian tertinggi berbanding pada tahun 2008 yang mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM40 juta,’’ kata beliau yang menjangkakan pencapaian itu akan dikekalkan pada masa depan.
Beliau juga berkata, bank berkenaan yang mempunyai aset sebanyak RM12 bilion, merancang melakukan penjenamaan secara besar-besaran dalam fasa terakhir pelan perniagaannya.
Mohd. Redza berkata, Bank Muamalat tidak mempunyai masalah dengan pinjaman tidak berbayar kerana keadaan keseluruhannya adalah terkawal dan disasar berada pada purata industri sekitar 2.8 peratus dalam tempoh dua tahun lagi.
‘‘Kami berazam mengurangkannya di bawah tiga peratus selepas mencatat 3.3 peratus pada tahun lalu dan 4.3 peratus pada tahun 2008,’’ kata beliau.
Ditanya sama ada, bank berkenaan akan menerokai pasaran luar negara, Mohd. Redza berkata, pihaknya tidak berhasrat berbuat demikian dalam tempoh terdekat tetapi tidak menolak kemungkinan mengkajinya semula pada akhir tempoh pelan perniagaannya.
Sambil menyatakan tidak mahu tergesa-gesa berbuat demikian, beliau berkata, Bank Muamalat masih mempunyai ruang untuk berkembang di Malaysia meskipun terdapat saingan yang mula menerokai pasaran luar negara.
‘‘Sekiranya kami mahu berkembang ke luar negara, rantau Asia Tenggara akan menjadi pilihan kerana kami mendapati infrastruktur kewangan yang ada di Asia Barat, misalnya, tidak sekukuh di Asia,’’ kata beliau.
Mengulas lanjut Mohd. Redza berkata, selari dengan usaha peluasan dalam pasaran domestik, Bank Muamalat juga mendidik orang ramai tentang konsep perbankan Islam terutamanya tentang bahana mengamalkan riba.
Mengulas tentang pengenalan produk baru, beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, dua produk baru akan diperkenalkan tahun ini melibatkan perbankan pengguna.
Sementara itu, Mohd. Redza juga berkata, pihaknya memperuntukkan RM20 juta untuk menaiktaraf kemudahan perkhidmatan sepanjang tahun ini.
Pelaburan itu antara lain bakal melibatkan penambahan mesin juruwang automatik, menaik taraf perkhidmatan dan pembukaan cawangan bank yang baharu.
Katanya, Bank Muamalat merancang membuka dua cawangan pada tahun ini, masing-masing di Jeli, Kelantan dan Johor dengan kos pelaburan RM700,000 hingga RM1 juta sebuah.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan perbankan Internet yang akan beroperasi sepenuhnya akhir bulan ini.
‘’Kami dalam proses menjalankan ujian (trial run) perbankan Internet untuk memastikan perkhidmatan itu memberikan manfaat dan mempunyai tahap keselamatan yang terbaik kepada penggunanya,” katanya.
Bank Muamalat kini mempunyai asas pelanggan berjumlah 900,000 akaun termasuk bukan Islam dan lebih 27,000 kakitangan di 55 buah cawangan seluruh negara.

sumber :
www.utusan.com.my

Friday, April 9, 2010

Sejenak : Doa untuk kedua ibu dan bapa


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Tinggikanlah kedudukan mereka dan 
Tambahkanlah pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang membalas segala
pengorbanan dan keringat mereka
dengan kebaikan
berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa’at untuk mereka,

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Kurnia Yang Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

Akaun Simpanan BeeSTAR-i untuk adik-adik

Akaun Simpanan BeeSTAR-i

Akaun BeeSTAR-i
Akaun BeeSTAR-i ialah akaun yang membantu adik-adik menyimpan wang di samping berkongsi keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama berlandaskan konsep syariah.


Konsep
Konsep Al Mudharabah (profit sharing)                                             


Kenapa BeeSTAR-i?

Bee (Si Lebah)

Si Lebah di pilih sebagai ikon untuk akaun BeeSTar-i, kenapa si Lebah ya adik-adik?? Si Lebah merupakan si kecil yang membawa karektor yang bertenaga dan sentiasa rajin berusaha dan mempamerkan keikhlasan, ketulenan, berwibawa, produktiviti, cekap, saling berkongsi, banyak rangkaian dan lain-lain.

Star (Si Bintang)

Misi utama kami ialah untuk melahirkan bintang yang bersinar kecemerlangannya pada masa akan datang.


i

i ialah untuk islamik dan intelektual

Bistari

Memberi gambaran kebijaksanaan secara keseluruhannya samaada dari segi mengembangkan maklumat dan berkongsi ilmu secara intelektual.

Siapa yang boleh menyimpan??
Individu yang berumur bawah 18 tahun

Deposit minima
RM 25 sahaja

Minima Baki dalam Akaun
RM 10 sahaja

Kelebihan Akaun :

~ Kelayakan automatis ahli Kelab BeeSTAR-i

~ Keuntungan (hibah) yang bakal adik-adik dapat daripada simpanan (kiraan harian) iaitu semakin banyak 
   simpanan semakin tinggi keuntungan.

~ MEPS ATM - 5 kali pengeluaran PERCUMA untuk akaun yang berbaki minima RM 5,000 ribu sebulan

BONUS 

Kelayakan insurans kemalangan percuma selama setahun (Takaful Persona Accident) sehingga RM 10,000 ribu untuk :
1) kematian
2) ketidakupayaan kekal (permanent disability)
3) khairat kematian (RM1,000 ribu)

Juga, sementara stok masih ada, hadiah istimewa menanti adik-adik untuk pembukaan akaun BeeSTAR-i ini dengan nilai deposit tertentu.

Antara hadiah yang menanti adik-adik termasuk lah MP4, thumb-drive, Payung, Tabung dan pelbagai lagi...

Simpan dapat hadiah... Jadi apa tunggu lagi ...

Segeralah ke kaunter kami di Bank Muamalat Cawangan Souq Al Bukhary (sebelah pasaraya Giant), Jalan Tun Razak Alor Star atau hubungi kami seperti nombor berikut :


04 - 7315 480/7315 470 /7315 464 /7315 435

Adik-adik atau ibu bapa bolehlah berhubung secara langsung dengan Tuan Haji Ishak, En Abdul Halim, Puan Sherrie, En Abdul Jamal, En Ibrahimi atau Cik Syarifah untuk maklumat lanjut.

Terima kaseh...

**********************************************************************************

Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari).

***********************************************************************************

BeeSTAR-i Savings Account (English Version)


 BeeSTAR-i Savings Account
BeeSTAR-i Savings Account is a new savings account for children


Shariah Concept

Al-Mudharabah

A contract made between a Capital Provider (Depositor) and Entrepreneur/Fund Manager (the Bank) to enable the Bank to carry out business ventures within Shariah principles. Both parties agree to share profits from the investment according to a mutually agreed ratio.



Why BeeSTAR-i?

Bee
An icon that carry significant principles with strong characters and natural effort such as purity, sincerity, integrity, productivity, competent, sharing, network, etc.
Star
Our noble mission in raising a star in a fun way yet promises glittering success in the future undertakings.
i
Islamic/Intelligent
Bistari
Portray as a wise tool to retain source of knowledge, disseminate information and even to deliver message intellectually.

Product Features & Benefit
Item
Description

Eligibility
Below 18 years old
Min Initial Deposit
RM25.00
Min Balance
RM10.00
Highlights
Enjoy smart saving with smart profit sharing
Entitled for a FREE 1-year converage of Takaful Personal Accident (PA) for a specified coverage limit upon opening of the account:
Death
Permanent Disablement
Funeral Expenses / Khairat Kematian.
FREE goodies upon opening of BeeSTAR-i Savings Account within a specified deposit a mount range (while stock last.)
Convenience of e-Muamalat Cash Deposit Machine / Cheque Deposit Machine at the Bank's major branch network and easy access to ATM services nationwide.                                            


Please do not hesitate to call us at :
 04 - 7315 480/7315 470 /7315 464 /7315 435

You may liaise with Tuan Haji Ishak, En Abdul Halim, Puan Sherrie, En Abdul Jamal, En Ibrahimi or Cik Syarifah for further assistance. 

Thank you

“Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari).


Selingan Tazkirah : Qana'ah (Merasa Cukup Dengan Apa Yang Ada)


Qana'ah
Merasa Cukup Dengan Apa Yang Ada





Firman ALLAH SWT:
“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH DIAlah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), lagi Maha Terpuji.”

Pengajaran Ayat :

Ayat di atas adalah ayat yang menyatakan bahawa manusia sememangnya perlu kepada ALLAH dan kita haruslah merasa cukup dengan ALLAH dan pemberianNya. 


Barangsiapa yang diberikan sifat qana’ah oleh ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH menginginkan kebaikan bagi dirinya, kerana dengan sifat qana’ah dapat menyelamatkan dirinya daripada kehinaan mengemis, dan dapat memelihara kehormatannya daripada mengharapkan sesuatu pertolongan selain ALLAH 


Sifat qana’ah bukanlah bermaksud kita tidak perlu berusaha untuk mencapai yang terbaik di dalam hidup tetapi kita harus bekerja dengan cara yang halal dan menghilangkan sikap malas, untuk mendapatkan rezeki daripada usaha dan keringat sendiri. 

Cuba anda fikirkan, betapa indahnya pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang hamba demi untuk mencukupkan keperluan dan orang-orang tersayang di bawah tanggungannya. Ini kerana bekerja untuk memenuhi keperluan keluarga merupakan satu bentuk ibadah yang sangat mulia apabila disertai dengan niat yang baik dan benar, terutamanya apabila kewangan yang diperolehi dikelolakan secara baik, tidak membazir dan tidaklah pula terlalu berjimat, malah redha dengan yang sedikit, di atur cara kehidupan yang bersederhana, mengikut keadaan sewajarnya dan mencukupi. 

Di samping itu, sifat ini dapat mengelakkan kita dari lalai pada matlamat akhirat akibat terlalu mengejar dunia kerana prioriti akan diberikan pada urusan akhirat dan urusan dunia yang menjurus kepada kebaikan di akhirat. 

Sumber :  http://www.muamalat.com.my/v2/media_articles.html

Sambutan Jubli Perak Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda























Acara : Sambutan Jubli Perak Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda
Tempat : Jalan Sultanah, Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda 
Masa : 7.30 am – 2.00 petang
Tarikh : 06 Februari 2010 (Sabtu) 

 
Pada 06 Februari 2010 bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Uda, Alor Star, telah berlangsungnya carnival sempena sambutan Jubli Perak sekolah tersebut. Banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta telah dijemput untuk memeriahkan sambutan itu. Antara yang turut serta dalam pameran termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Jabatan Bomba Negeri Kedah, Bank Islam Malaysia Berhad dan tidak terkecuali Bank Muamalat Cawangan Souq Al Bukhary yang diwakili oleh Cik Syarifah, Tuan Haji Ishak, Puan Azril, En Abd Halim dan En Ibrahimi.

Kita juga ada menyumbang hadiah untuk temasya antaranya berbentuk hamper dan beg sekolah.Temasya mula meriah sejak jam 8 pagi dihadiri oleh ibu bapa dan anak-anak serta penduduk penduduk di kawasan berhampiran. Kaunter kita antara yang paling ramai dikunjungi oleh pelanggan. Kaunter yang dibuka mewakilkan produk utama iaitu akaun BeeStar-I dan lain lain seperti produk tawarruk.

Akhirkata, kami dari Souq Al Bukhary berharap usaha untuk memperkenalkan produk Bank Muamalat kepada adik-adik sekolah, ibu bapa dan guru-guru membuahkan hasil yang baik. 



Inilah wakil dari Bank Muamalat Cawangan Souq Al-Bukhary, dari kiri Abd Halim, Ibrahimi, Azril, Syarifah dan Haji Ishak.

Pelajar sekolah dan ibu bapa mengerumuni pekerja Bank Muamalat untuk mendapatkan info.

Nak hadiah? Mari buka akaun BeeSTAR-i dengan Bank Muamalat Cawangan Souq Al-Bukhary ya....

Sila lawat  http://www.muamalat.com.my/
untuk lagi photo .... (sila pilih corporate responsibility)

Sekian, terima kaseh.



               

Akaun Al Mudharabah (versi Bahasa Melayu)

Al Mudharabah One Reach                   



Akaun simpanan ONEREACH  merupakan akaun yang membolehkan anda menyimpan wang dan menambah keuntungan sebagaimana nisbah yang dipersetujui bersama.
Konsep
Al-Mudharabah
Kelayakan
Warga Malaysia dan penduduk tetap;                                                 
Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas.
Syarat Pembukaan
Minima deposit ialah RM 10.00;
Minima baki akaun mestilah RM10.00
Mengguna pakai konsep Nisbah Perkongsian Keuntungan (Tiered Profit Sharing Ratio (PSR)) – semakin tinggi baki akaun, semakin tinggi keuntungan yang bakal diperoleh.
Bagaimana hendak memohon / Dokumen yang diperlukan
MEPS antara bank - pengeluaran ATM sebanyak 5 kali sebulan PERCUMA jika baki akaun melebihi RM 5,000
Pendeposit layak untuk perlidungan PA Takaful dan Khairat Kematian dengan deposit mula sekurang-kurangnya RM 5,000 ribu.

 Untuk makluman lanjut, sila hubungi kami di talian berikut :
 04 - 7315 480/7315 470 /7315 464 /7315 435
Anda boleh merujuk dengan Tuan Haji Ishak, En Abdul Halim, Puan Sherrie, En Abdul Jamal, En Ibrahimi atau Cik Syarifah untuk sebarang persoalan atau kemusykilan. 

Terima kaseh.