Friday, April 9, 2010

Bank Muamalat Cawangan Souq Al-Bukhary

                            
                      Pandangan depan Signage Bank Muamalat Cawangan Souq Al Bukhary


                  Pandangan belakang bangunan Bank Muamalat Cawangan Souq Al- Bukhary


Bank Muamalat Cawangan Souq Al-Bukhary ditubuhkan sejak tahun 2007, iaitu bersamaan 25 September. Cawangan ini terletak di Jalan Tun Razak, Alor Star. Bank Muamalat Cawangan Souq Al-Bukhary jika di kalangan pelanggan lebih sinonim dengan panggilan Bank Muamalat Giant kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan pasaraya Giant. Pelanggan-pelanggan yang dihormati bolehlah melakukan urusan perniagaan di Bank Muamalat pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Waktu perniagaan bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 4.30 petang kecuali pada hari Jumaat waktu operasinya ialah dari jam 9.15 pagi hingga jam 4.15 petang. Pada hari Jumaat juga, Bank Muamalat Malaysia Berhad dihentikan seketika operasinya iaitu dari jam 12.30 tengah hari sehingga jam 2.30 petang bagi membolehkan pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.




" Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati besoknya"


Pelbagai produk disediakan untuk pelanggan Muamalat, merangkumi produk deposit, pembiayaan, perbankan internet, perbankan elektronik, perbankan komersil dan lain-lain lagi. Anda boleh terus merujuk laman utama bank muamalat di www.muamalat.com.my untuk maklumat lanjut produk perbankan kami atau boleh berkunjung terus ke cawangan kami untuk bantuan.







No comments:

Post a Comment